Penggunaan PCM SUPP Untuk Bayi / Kanak-kanak .

Assalamualaikum w.b.t . . .

Agak lama juga menyepi daripada membuat apa apa entry sejak beberapa hari nie , sebabbb . . Daq Wawe demam ! Kalau anak demam , memang kena pantau dia je la . . Baby lagi kot ? Tu yg risau kalau demam dia tak baik baik .

Demam dia kali nie agak teruk juga , apabila suhu badan mencapai 39.7°c  ! Ohh mak aii . . Sangat sangat bahaya ok , kalau baby demam , suhu badan dia naik sampai macam tu sekali . So . . Aku bawak la dia pergi klinik yg biasa dah pergi tu . . Klinik AlInsaan . Nak pergi klinik kesihatan ? Memang tak la  . . Biasanya aku akan bawak dia pergi klinik kesihatan kalau dah sampai masa untuk pergi checkUp bulan bulan tu je . Selain daripada tu , memang aku lebih sanggup pergi klinik swasta , sebab . . Tak payah tunggu lama lama . Orang pon tak berapa ramai . Pergi klinik tu , dia just bagi ubat demam yg biasa tu . . Padahal kat rumah aku ada je lagi stok ubat tu , tapi ntah la . . Aku nie jenis yg tak boleh la . . Kalau Daq Wawe demam ke , sembelit ke , apa ke , aku mesti nak pergi face to face dengan doctor . Baru puas hati aku . Walaupon dikenakan cas bayaran yg agak ermmm , boleh tahan mahal , tapi tak pe . . Everything for you my princess ! Huhu .



Nie la ubat yg selau dapat bila bawak Daq Wawe pergi klinik kalau dia demam . Ubat nie biasanya kita bagi anak minum 1 kali setiap 6 jam . Berapa mL , itu kena refer pada berapa KG berat badan anak kita . Paracetamol yg nie biasanya Daq Wawe minum kalau suhu demam dia tu tak melebihi 37°c , tapi ! Disebabkan lepas makan ubat nie suhu demam dia tak ok ok lagi , terusss melebihi suhu demam yg kebiasaannya , maka . . Aku akur , aku terpaksa juga bawa dia pergi ke hospital ! Masa dekat hospital , memang doctor cakap , panas sangat nie . . Kena bagi ubat punggung la ye . .



Paracetamol Suppositories (PCM SUPP) , adalah cara yg terbaik untuk melegakan demam bayi yg suhunya tinggi . Aku rasa , ubat nie lilin kot ? Sebelum lahirnya Daq Wawe ke dunia yg penuh dengan pancaroba nie , aku memang tak pernah tengok pon PCM SUPP nie tahu ? Sampai la bila dah ada anak , anak demam . . Baru aku tahu , wujudnya ubat yg kena masuk kat punggung segala bila demam panas . Huhu . Ingat anak aku steady la bila doctor nak masukkan ubat nie kat bummbumm dia tu ? Tak de maknanya ! Mengarok bukan main . Ye la . . Takut gamaknya ye . . Kesian umi tengok Hawa Nurraida nie  . . Umi pon rasa nak nangis sekali , tapi umi cover la sikit , depan doctor tu kan . . (T_T)

Itz ok , its orite , nangis la Hawa Nurraida oii , janji lepas nie Hawa sihat . Panas hilang , baru semangat nak main main , kalau tak . . Dari pagi sampai petang , tido je . . Sunyi sepi rumah dibuatnya ! Thats mean what ? Ada kebaikan juga la penggunaan PCM SUPP nie tatkala anak kecik kita nie demam kan ? Ada juga kebaikannya yg lain , iaitu :

~ PCM SUPP yg dimasukkan di bahagian dubur mempunyai kelebihan tindakan lebih cepat berbanding dengan ubat minum .

~ PCM SUPP juga membantu melegakan sistem penghadaman bayi , apabila bayi terus membuang air besar selepas dimasukkan PCM SUPP tersebut .

~ PCM SUPP juga boleh digunakan sekiranya anak enggan memakan ubat .

Haa guys ! PCM SUPP nie juga ada cara penggunaannya juga ok . . Tak boleh ikut suka hati uols je berapa das nak tembak dalam bummbumm baby tu taw ! Oleh kerana ia juga merupakan ubat paracetamol , perlu la juga diambil perhatian agar anak anak kita tidak terlebih dos paracetamol . Jumlah dos maksima paracetamol dalam sehari hendaklah diambil kira kedua dua ubat PCM SUPP dan ubat minum pcm . Adalah memadai sekiranya penggunaan pcm tidak melebihi 4 kali sehari (misalnya , sekali PCM SUPP dan tiga kali ubat minum) .

Haa . . Clear tak ? Mudah mudahan dapat memberi informasi kepada para pembaca sekalian . Lastly , tQvm for reading this entry . Bye !




2 comments:

  1. huhuhu dulu masa kecik paling tak suka ubat masuk ikut belakang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa . . Tau tak pe . . Hawa pon tak suka tu . .

      Delete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in