Bahagian Untuk Jiran Yang Baik .

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Jumaat  . .


Siapa jiran kita ?

Sabda Rasullullah S.A.W : " 40 buah rumah . Di sekeliling kita , kanan , kiri , depan , belakang, tak kira rumah orang Islam atau orang kafir . "

Tapi hari nie tak mungkin la aku nak bercerita sampai 40 buah rumah jiran aku , takkk . . Cukup la aku sekadar nak berkongsi & meluahkan  rasa rindu pada jiran sebelah rumah aku yg hari nie dah 13 hari pergi menghadap Ilahi . Lezam bt. Yunos @ Kak Uda . Seorang jiran yg amat baik . Aku anggap Kak Uda nie dah macam kakak aku sendiri . Aku rasa sesiapa pon memang senang dengan Kak Uda . Baru balik menunaikan umrah , terusss . . Allah menjemputnya ! Terlalu pantas masa berlalu . Arwah juga merupakan mama kepada blogger Eyja Lukman . Cik Ida doakan semoga Eyja & adik adik sentiasa tabah . Allah lebih sayangkan mama , mesti mama tenang kat sana kan ?

Hari Jumaat penghulu segala hari , AlFatihah untuk jiranku Lezam bt. Yunos . .



Tiap tiap hari aku sapu sampah kat depan rumah , mesti terbayang bayangkan arwah tengah sidai kain & tengah siram pokok bunga . Sebak rasa hati nie , Allah je yg tahu . Bahagian untuk jiran yg baik kan . . Mesti la ramai orang yg sayang . Kak Uda dah la pandai masak . Aku ingat lagi , masa aku pregnantkan Daq Wawe , aku ada suruh Kak Uda buatkan mee goreng & karipap . Sebabbb . . Dia buat memang sedap . Aku tak nak orang lain yg buat , nak dia juga yg buatkan . Mesti la Kak Uda buat . . Sekarang nie dah tak dapat dah nak merasa air tangan Kak Uda . (T_T) . . Last sekali Kak Uda masakkan bubur kacang untuk kenduri kat rumah aku masa sebelum dia nak pergi umrah hari tu . . Sebab tu aku cakap , arwah nie memang baekkkkk sangat orangnya ! Tolong menolong tu memang dia la yg win sekali . Kalau bab kenduri kendara kat rumah aku nie , jarang la dia tak join . .


Lepas arwah Kak Uda balik dari umrah , ada 2 kali je aku sempat bersembang dengan dia , sebab dia dah jarang keluar rumah sebab dah tak berapa sihat . . Aku sebagai jiran nie pon dah sedih tahap apa , inikan pulak anak anak dia kan ? Tak pe . . In shaa Allah . . Syurga buatmu Kak Uda . Masa tengah taip entry nie , memang sebak sangat . . Teringat kat Kak Uda . Sebelum nie , doa aku lepas solat untuk mereka yg dah pergi khas untuk Abah , Abang Ngah & Kak Nab , sekarang nie . . Tambah lagi seorang . . Untuk jiranku , Lezam bt . Yunos . Ini untuk bahagian Kak Uda , sebab dah jadi jiran yg terbaik di dunia nie . Semoga Kak Uda tenang kak sana  . .

Di kesempatan nie , aku nak share la juga . . Adab adab kita dalam berjiran & serba sedikit info pasal kejiranan . .







Semoga bermanfaat & tQvm for reading this entry !

6 comments:

  1. kalau kat bandar tak sempat nak beramah mesra ngan jiran

    ReplyDelete
  2. alfatihah..
    inshaallah, org baik tempatnya tempat baik gak kat sana nanti :)

    ReplyDelete
  3. huu nak nangis baca ni cik ju :'( terima kasih. maafkan mama ye klu mama ada buat salah ke apa.

    ReplyDelete
  4. huu nak nangis baca ni cik ju :'( terima kasih. maafkan mama ye klu mama ada buat salah ke apa.

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in